NASIONALISME

 Pengenalan

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik". Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti", hujah librielisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.


Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Berkembang hasil penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang mengugat hak dan kebebasan rakyat. Contohnya, Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Ia juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika.

Revolusi Keagungan di England pada tahun 1688 disebabkan keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. Revolusi ini berlaku kerana pemerintahan Raja James II yang membelakangkan parlimen semasa menggubal undang2. Revolusi ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.


Seterusnya, Revolusi Amerika pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang British. Revolusi ini terjadi disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian empayar British. Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytihar perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Revolusi ini berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.Sebanyak 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.


Selain itu, Revolusi Perancis pada tahun 1789 tercetus daripada idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire Peranan Rousseau. Rousseau telah menulis The Social Contract yang bertentangkan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan Suara rakyat (Hasrat Umum) merupakan kata sepakat golongan yg mempunyai kesedaran. Kemudian, menurutnya kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi. Peranan golongan revolusi ialah sasaran terhadap Raja Louis XVI (autokratik) dan bangsawan yang memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai.

Perkembangan Nasionalisme di Asia

Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia telah mencetuskan kebangkitan nasionalisme. Antaranya ialah, nasionalisme di India. Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British dan kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857. Dahagi India adalah pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi atau askar upahan British berbangsa India. Ia juga merupakan reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat. Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama. Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat. Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun untuk menyuarakan pandangan. Contohnya, Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) yang dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906. Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal yang menggerakkan semangat penentangansecara militan terhadap British.

Selain itu, wujudnya nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu iaitu kerajaan Manchuria yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan. Antaranya ialah nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.

         Seterusnya, terdapat nasionalisme di Empayar Uthmaniyah dan Mesir. Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir tercetus daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mewujudkan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah. Gerakan Islah bermaksud gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah diketuai oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan. Hal ini kerana, Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan pertembungan kebudayaan antara Eropah- Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. Kemudian, Gerakan Pan-Islamisme terjadi pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa yang bermaksud ‘Ikatan yang Kuat’. Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme, iaitu seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. Pemerintah empayar Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya,kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun 1915.

Di samping itu, Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Pada tahun 1868, Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.Semasa era Pemulihan Meiji, prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah. Pada awal abad ke-20, Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia kerana pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan.

Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma, Vietnam dan Indonesia. Nasionalisme di Thailand bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme. Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. 

         Antara tokoh nasionalis penting termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo. Pada peringkat awal, Jose Rizal memimpin nasionalisme berbentuk Gerakan Propaganda untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Namun begitu, kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Namun begitu, Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.

        Selain itu, Nasionalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi),Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British. Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.Perlembagaan tersebut meransang perjuangan ke arah kerajaan sendiri.Seterusnya, Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai dalam golongan Mandarin.Perjuangan VNQDD (Viet Nam Quoc Dang Dang) berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosiolisme.
 
        Seterusnya, pada awalnya nasionalisme di Indonesia pula bertentangkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajahan Belanda.Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahitkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang menjadi tonggak nasionalisme.Di samping itu, nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain yang bersifat anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan.Gerakan nasionalisme Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.Nasionalisme seterusnya berkisarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan Orang Cina.

Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran Nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.

         Contohnya, usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah yabg berusaha untuk mendapatkan kembali Melaka dengan tiga kali serangan terhadap portugis, namun ia berakhir dengan kegagalan. Walau apapun yang berlaku, usaha itu harus disanjung.

          Selain itu, penentangan oleh Sultan Kedah terhadap ancaman luar iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Baginda berusaha mendapatkan kembali Pulau Pinang yang merupakan sebahagian wilayah Kedah. Perjuangannya merupakan yabg terawal menentabg British di Kedah.

Comments