PENGALAMAN MELANCONG KE
MELAKA BERSAMA KELUARGA
ASSALAMUALAIKUM
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, saya sihat sejahtera.Kamu semua buat apa pada cuti kali ni?Baru kali ni sempat nak berkongsi pengalaman saya. Apa yang saya mahu kongsikan adalah kisah Travelog Percutian aku ke Melaka selama tiga hari dan dua malam. Jadi, saya nak kongsi beberapa tempat yang sempat saya singgah selama tiga hari dan dua malam ini. Semoga terhibur membaca kisah ini.
HARI PERTAMA
Melaka adalah salah satu daripada tapak warisan UNESCO di Malaysia, jadi tidak hairanlah penduduk tempatan serta pelancong suka melawat bandar bersejarah ini. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang dua jam di Lebuhraya Utara-Selatan, dengan pemandangan ladang minyak sawit yang serba hijau.
Melaka bukanlah begitu asing bagi saya kerana ianya tidak jauh dari kediaman saya di Johor yang membolehkan kami bertolak agak lewat sedikit untuk memberikan kami sekeluarga masa lebih untuk membuat persiapan diri. Semasa melawat bandar bersejarah ini, saya telah menginap di homestay yang berada di kawasan berdekatan pesisiran agar lebih tenang dan berada di kawasan berdekatan dengan tempat-tempat yang akan kami lawati.
Homestay Atlantis Residence, Melaka
Hotel ini terletak berdekatan dengan Bandar Hilir dan pesisir pantai Klebang menjadikan lokasinya sangat strategik ke pelbagai tarikan pelancongan yang berdekatan dan berkelah di tepi pantai sambil menghirup Coconut Shake Special.Ia juga mempunyai pemandangan laut yang cantik daripada Sky Deck dengan lantai kaca di aras 24.

2.30 p.m. : setelah selesai check in, kami terus meletakkan barang ke bilik kami.Lebih 2 jam 30 minit masa yang kami ambil untuk sampai ke sini. Sejurus meletak barang, kami terus makan bekal yang dibawa. Sejurus makan,kami terus berehat kerana kepenatan akibat sehari menempuh perjalanan dan highway yang tidak lancar kerana terlalu banyak ibu bapa yang ingin membawa anaknya makan angin kerana cuti sekolah akhir tahun.
HARI KEDUA
Selepas sarapan nasi lemak yang ayah beli di kedai berhampiran, saya bersama adik-beradik mandi sebentar di kolam yang berada di tingkat 7, agak bawah lagi dari tingkat kami menginap iaitu di tingkat 16.
Kami hanya diberikan masa selama 3 jam untuk bermandi-manda kerana selepas itu kami akan melawat ke tempat lain. Ini juga disebabkan jadual kami tidak begitu padat kerana sudah banyak kali kami ke Melaka.Perjalanan kali ini di Melaka akan kami lalui dengan santai sahaja dan tidak terlalu banyak melawat ke tempat lain. Sejujurnya aku tidak menyukai mandi pagi hari kerana residen ini terletak berdekatan dengan pantai dan kolam ini di tingkat 7 membuatkan badan aku sejuk beku sejurus sahaja merendamkan ke dalam air.
10.30 a.m. : Selepas puas mandi , saya dan adik beradik naik ke bilik dan siapkan diri untuk ke tempat yang akan kami kunjungi.Setengah jam kemudian, kami ke Pantai Klebang yang terkenal dengan pasar dan menjual coconut shake.
Sejurus sampai, kami lihat ramaia orang sedang memancig dan berjalan-jalan di pasar di sebelah pantai yang padat dengan orang ramai.Kami pon memilih untuk makan tengah hari di kedai yang ada di pasar itu.Selepas itu, kami membeli beberapa layang-layang untuk bermain di padang bersebelahan dengan pasar. Mujurlah angin kuat membolehkan kami bermain layang-layang dengan senang hati.
6.55 p.m. : Sehingga waktu petang, kami terus pergi ke Batu Berendam di medan selera untuk mencuba satay yang terkenal di sana iaitu Wak Joey's Satay yang terkenal di sana.
6.55 p.m. : Sehingga waktu petang, kami terus pergi ke Batu Berendam di medan selera untuk mencuba satay yang terkenal di sana iaitu Wak Joey's Satay yang terkenal di sana.
Tidak boleh dinafikan lagi satay di sini sangat sedap dan antara yang tersedap yang pernah saya makan selain di Sempang Renggam, Johor. Terdapat juga nasi lemak yang dijual di kedai bersebelahan yang tiada tolak bandingnya.Selepas memenuhi kekenyangan. Kami terus balik ke homestay kami. Ayah membenarkan kami mandi di kolam sehingga jam 10.30 malam. Tak disangka-sangka pada waktu malam lebih sejuk dan ini membuatkan saya menggigil teruk. Nampaknya, saya hanya bertahan sehingga jam 9.50 sahaja kerana tidak tahan dengan kesejukannya.
HARI KETIGA
Ini merupakan hari terakhir kami dalam percutian ke Melaka. Percutian kali ini tidaklah begitu memenatkan kerana tidak banyak kami kunjungi, hanya beberapa tempat sahaja. Ini kerana sebelum ini kami telah pergi beberapa kali. Hari ini kami hanya bermandi-manda sahaja dan selepas itu kami pun bercadang untuk pulang terus ke kampung kerana sudah lama rasanya tidak menjenguk atuk dan nenek di kampung.
Jadi, daripada penulisan blog ini saya berharap warisan budaya di Melaka ini dapat dikekalkan supaya dapat dikenali sehingga generasi yang lain. Tidak hairanlah Melaka diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan UNESCO kerana setiap tempat bersejarah yang ada disana mempunyai seribu satu kisah yang perlu diketahui. Tidak lupa juga, Melaka mempunyai nilai estika yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang muzik.Kesimpulannya, saya berharap agar ibu bapa lebih membawa generasi muda ke tapak bersejarah dalam mengenal warisan budaya negara ini. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana "tak kenal maka tak cinta".
Jadi, daripada penulisan blog ini saya berharap warisan budaya di Melaka ini dapat dikekalkan supaya dapat dikenali sehingga generasi yang lain. Tidak hairanlah Melaka diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan UNESCO kerana setiap tempat bersejarah yang ada disana mempunyai seribu satu kisah yang perlu diketahui. Tidak lupa juga, Melaka mempunyai nilai estika yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang muzik.Kesimpulannya, saya berharap agar ibu bapa lebih membawa generasi muda ke tapak bersejarah dalam mengenal warisan budaya negara ini. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana "tak kenal maka tak cinta".
SEKIAN TERIMA KASIH
_______TAMAT________
Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeletePenulis kali ini membawakan episod yang berbeza daripada penulis-penulis yang lain dengan bercuti di kota bersejarah ini. Syabas saya ucapkan! Semoga penulis dapat terus melebarkan lagi sayapnya dalam mengembangkan percutian di kota ini .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang mantap.Penerangan yang baik dan mudah difahami.Pastinya banyak pengalaman baharu yang anda terokai.
ReplyDeleteSyabas! Blog yang lengkap dan menarik! Saya sangat suka membaca blog anda walaupun ia ringkas tetapi dapat menarik perhatian pembaca untuk melancong ke sana. Tahniah diucapkan.
ReplyDeleteAnda menceritakan pengalaman anda dengan sangat terperinci. Saya yakin ramai yang akan tertarik dengan cerita anda. Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda ini. 😊
ReplyDeleteWahwahwah! Menarik sungguh blog yg saudara hasilkan. Saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana menemukan saya dengan kamu di dunia ini.
ReplyDeleteWah! Hebat sungguh hasil kerja anda. Ia sangat ringkas, mudah untuk dibaca dan mempunyai gambar dan latar belakang yang sangat cantik.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca.Tentu saudara sangat gembira semasa berada disana. Saya berharap agar saudara terus menulis blog seperti ini lagi.
ReplyDeleteWah! Blog yang menarik. Gambar yang dikongsikan juga memang cantik. Saya harap satu hari nanti saya juga berpeluang ke sana.
ReplyDeleteBlog yang dikongsikan dilengkapi dengan ayat yang gramatis. Saya teringin untuk mencuba satay yang dikatakan sedap itu.
ReplyDeleteBlog yang ditulis amat ringkas dan mudah difahami.Blog ini dapat membantu orang yang ingin melancong ke tempat ini.
ReplyDeleteblog ini agak menarik . walaupun ringkas tetapi ianya cukup untuk mencipta memori teridah bersama keluarga. tempat yang dikunjungi juga agak menarik .
ReplyDeleteBlog yang mengandungi isi yang ringkas tetapi padat. Syabas saudara! Ianya pasti sebuah percutian yang sangat bermanfaat kerana saudara telah bercuti di Bandaraya Bersejarah Melaka. Melihat gambar-gambar yang telah ditunjukkan oleh saudara saya juga teringin hendak pergi kesana pada musim cuti sekolah. Gambar sate yang telah dikongsikan saudara juga membuatkan saya terliur. Syabas saudara kerana telah menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca. Semoga saudara menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.👍👍
ReplyDeletePenulisan yang ringkas dan padat menunjukkan bahawa penulis merupakan seorang yang kemas dan teratur. Melaka telah mendapat tempat di hati saya sejak lama dulu. Kini, Melaka telah menjadi tempat tumpuan ramai kerana sejarahnya yang menarik para pelancong dari dalam dan luar negara.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Penulisan yang ringkas dan padat memudahkan pembaca memahami isi yang ingin disampaikan saudara. Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteWalaupun blog ini terlihat ringkas namun isinya sangat padat membuatkan saya teruja ketika membaca blog ini. Terima kasih kerana berjaya membuka mata saya tentang keindahan dan keunikan di Melaka walaupun telah berkali kali berkunjung ke sana.
ReplyDeleteWah!Saya sangat teruja melihat tempat yang menarik di Malaysia.Saya bercadang untuk ke sana bersama keluarga pada cuti sekolah akan datang.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik. Gaya penulisan yang ringkas dan mudah di fahami serta gambar gambar telah menarik minat saya untuk membaca blog saudara.tahniah semoga maju jaya.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik dan penuh dengan isi.Saya berharap saya dapat pergi ke sana dan saya mendoakan anda menjadi blogger yang berjaya.
ReplyDeleteMenariknya blog Saudara Danish Iman.Perkongsian maklumat tentang temoat tersebut amat menarik perhatian.Semoga sukses selalu!!
ReplyDeleteWah!Saya sangat teruja melihat tempat yang menarik di Malaysia.Saya bercadang untuk ke sana bersama keluarga pada cuti sekolah akan datang.
ReplyDeleteWah! Menarik sungguh blog kamu cipta ini. Blog ini mempunyai info yang sangat menarik dan berguna
ReplyDelete